Tuesday 29 March 2016

Kaki kena potong akibat kencing manis

Pesakit kencing manis yang teruk berdepan dengan kemungkinan kakinya terpaksa dipotong untuk mengelak kesan yang lebih teruk. Oleh itu, pesakit kencing manis perlu berusha untuk mengurangkan kadar gula dalam darah dengan cara mengurangkan kadar pengambilan gula dan karbohidrat.

Individu mengalami diabetes dalam tempoh panjang dan kandungan gula dalam darah tidak dikawal menyebabkan kerosakan saraf dan kaki menjadi kebas serta tidak berasa sakit, biarpun kaki sudah terluka.

Kerosakan saraf pada kaki juga bermakna aliran darah yang membawa zat dan bekalan oksigen terganggu. Tanpa pengaliran darah yang baik, luka di kaki akan lambat atau tidak akan sembuh. Luka yang tidak dirawat dengan baik akan berisiko mendapat jangkitan seterusnya mengancam nyawa. 

Ramai pesakit diabetes yang sering mengadu kebas-kebas kaki. Fenomena ini sering disebut dalam bidang perubatan sebagai ‘diabetic neuropathy’. Diabetic neuropathy adalah antara komplikasi diabetes disebabkan oleh kerosakan pada hujung saraf dan ini boleh mengakibatkan rasa kebas timbul pada anggota tubuh seperti kaki dan tangan.

Kebas, rasa panas, berdenyut-denyut dan rasa sakit di lengan, paha, tangan atau kaki antara tanda biasa penyakit neuropati diabetes atau kerosakan saraf.

Kira-kira 60 hingga 70 peratus penghidap diabetes mempunyai beberapa jenis kerosakan saraf.

Walaupun paras gula darah anda normal atau anda menghidapi pra-diabetes (mereka yang mempunyai paras glukosa tinggi tetapi tidak cukup tinggi untuk diklasifikasikan sebagai penghidap diabetes), tidak terlalu awal untuk mula memberi perhatian kepada saraf kerana kerosakan saraf boleh bermula seawal peringkat pra-diabetes lagi.  

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) Ke-4 (2011) menunjukkan seorang daripada lima orang dewasa Malaysia menghidap diabetes. Ini perbezaan besar berbanding NHMS pertama (1986) hanya 6.3 peratus (%).

Neuropathy ini sukar diubati tetapi penjagaan yang betul boleh mengelakkannya dari menjadi bertambah teruk. Diabetic neuropathy yang tidak terkawal boleh menyebabkan keadaan ini menjadi melarat membawa kepada kecederaan yang tidak disedari dan  lambat laun boleh menyebabkan berlaku amputasi.

Ini kerana apabila berlaku kebas pada kaki, anda tidak akan dapat merasa sakit pada luka atau jangkitan pada kaki.  

Pastikan anda sentiasa mengawal kandungan gula dalam darah dengan memakan ubat diabetes yang disyorkan doktor dan pada masa yang sama  amalkan pemakanan yang baik. Ini dapat membantu mengurangkan rasa kebas pada kaki atau tangan.

Mencari titik kekuatan


Janji Allah wajib kita percaya bahawa umat Islam tetap akan meneruskan tugas sebagai khalifah Allah. Mereka akan menjadikan dunia ini lebih baik, aman. Demikian janji Tuhan kemenangan akan sentiasa berada pada pihak Islam, asalkan kita tidak terperangkap dengan fahaman sempit kepuakan dan kelompok.

Kemenangan umat Islam akan berlangsung apabila pengaruh golongan munafik dan hipokrit berkurangan. Krisis dan ujian akan menyerlahkan wajah sebenar mereka yang berkepentingan diri sendiri. Wajah-wajah jelik akan terserlah tanpa disedari oleh diri mereka sendiri.

Islam bagaikan api dalam sekam. Ia akan muncul apabila keadaan kelam-kabut. Islam akan muncul secara lebih jitu dan kuat. Ia akan membuahkan tenaga yang terpendam.

Lihatlah pada sejarah umat Islam yang panjang dan tidak pernah berbohong. Abu Bakar yang dianggap lembut dan lemah muncul seperti singa yang garang membanteras kumpulan murtad. Malah sanggup memerangi mereka yang tidak mahu membayar zakat, walaupun dalam bentuk yang minimum, iaitu tali hidung unta.

Peperangan Salib dan serangan tentera tartar yang lama tidak juga menghancurkan umat Islam. Ini menunjukkan umat Islam mungkin terleka malah terlena, atau sakit. Namun mereka tidak pernah mati. Mereka akan bangkit selagi akidah ada dalam diri mereka.

Apa yang perlu, keimanan dan akidah seharusnya tertanam dalam jiwa anak-anak Muslim. Apabila negara umat Islam terjajah begitu lama, namun akhirnya mereka bangkit memerdekakan negara mereka. Muncul pula para pejuang menentang penjajahan dari Aljeria hingga Moroko, Libya dan Palestin malah umat Islam di Asia Tenggara.

Justeru itu, paling ditakuti usaha musuh untuk mencabut akidah umat Islam, merosakkan umat akhlak dan mengetepikan perjalanan syariat Islam. Pentingnya, bagi umat Islam berada pada sikap kesederhanaan tidak menjadi golongan pelampau yang membawa wajah buruk kepada Islam. Tidak juga menjadi liberal yang sampai menghapus wajah Islam yang manis.

Buangkan khurafat sampai memuja kubur atau memuja pemimpin yang masih hidup sehingga tidak lagi bersedia mempertahankan kebenaran. Buangkan penyelewengan agama sehingga kekal dalam adat negatif tinggalan zaman jumud, sehingga tidak lagi mampu berkreativiti dan membawa pembaharuan bagi menegakkan sebuah tamadun baru.

Pada kesempataan kemelut umat Islam dunia Islam masa kini, para penguasa jangan sama sekali menzalimi rakyat dengan diskriminasi. Mereka yang kaya tidak harus merebut kekayaan bagi diri sendiri tanpa ingat akan hak golongan miskin dan papa. Para buruh harus dipertahankan hak-hak mereka dan tidak diabaikan.

Perluaskan syura secara menyeluruh. Tidak perlu meniru sesetengah pemimpin Arab yang tidak mahu mati kecuali atas kerusi presiden atau takhta. Umat Islam dijamin oleh nabi tidak akan bersatu atas kesesatan. Akan tetap ada golongan pembaharuan yang membawa islah dan tajdid pada setiap masa. Keadaan negara kita pada hari ini, jauh lebih baik berbanding dengan lima puluh tahun lampau.

Janji kemenangan Islam

Bukan krisis kecil berlaku sebaik sahaja Rasulullah SAW wafat, akhirnya ia dapat ditangani secara yang bijaksana oleh para khalifah umat Islam. Malah lebih besar krisis selepas pembunuhan Sayidina Uthman Bin Affan, tetapi dapat juga diselesaikan.

Apa lagi keadaan yang tidak berlaku kepada umat Islam? Daripada kejatuhan khilafah di Baghdad pada masa lampau, hingga kejatuhan Uthmaniah Turki dan kehancuran Baghdad sekali lagi pada zaman moden ini.

Islam akan tetap berkembang. Hatta di Asia Tengah ketika umat Islam ditindas dengan kejamnya, namun pergerakan umat Islam berjalan, walaupun dalam keadaan lembap. Hanya menunggu saat kelahiran pemimpin yang berwibawa, umat Islam akan bangkit semula selepas persiapan yang baik berlaku.

Orang Islam tidak harus bersikap pesimis. Banyak gambaran dalam al-Quran yang membicarakan tentang khabar gembira masa depan dan kemenangan yang dijanjikan kepada umat Islam.

Hanya umat Islam harus sentiasa berfikir dan bertindak secara strategik menghadapi apa-apa keadaan pun. Kadangkala keadaan yang sentiasa tenang dan relaks itulah yang melalaikan banyak pihak.

Kemelut dan krisis membuatkan orang semakin waspada. Justeru itu umat Islam tidak harus takut menghadapi apa-apa keadaan sekalipun, asalkan sahaja mereka tahu mengambil kesempatan strategik atas apa keadaan yang berlaku.

Janji Allah wajib kita percaya bahawa umat Islam tetap akan meneruskan tugas sebagai khalifah Allah. Mereka akan menjadikan dunia ini lebih baik, aman. Demikian janji Tuhan kemenangan akan sentiasa berada pada pihak Islam, asalkan kita tidak terperangkap dengan fahaman sempit kepuakan dan kelompok.

Banyak juga ayat al-Quran yang menggambarkan ketika menerima ujian, ketika itulah umat Islam lebih dekat dengan kemenangan sebenar.

Mana-mana pihak yang gagal mempertahankan Islam akan ditukar dengan pihak yang lebih berpotensi untuk menjaga risalah Allah SWT itu. Malah Rasulullah SAW menjanjikan Islam akan terus berkembang seantero dunia.

Keadaan inilah menyebabkan orang Barat semakin menunjukkan kebencian kepada orang Islam, kerana Islam makin bertapak di Amerika mahu- pun di Eropah termasuk Belanda.

Hadis Nabi juga ada menjanjikan kemunculan kemakmuran di negara-negara umat Islam sehingga sampai ketikanya tidak ada lagi mereka yang akan menerima sedekah (zakat). Ini menunjukkan berkat keadilan Islam.

Namun semua itu tidak akan datang bergolek. Umat Islam lebih dahulu harus bersatu padu, membariskan kepimpinan yang mapan dan munculnya pembaharuan demi pembaharuan untuk lebih kukuh dan utuh.

Islam utamakan piagam aman selamat


Keamanan merupakan hak seluruh warga dunia. Piagam dan cita-cita inginkan keamanan dipegang oleh semua agama dan masyarakat bertamadun. Tidak ada manusia berfikiran waras inginkan kepada suasana tidak aman. 

Tindakan melancarkan peperangan, pembunuhan dan kekerasan hanya dilakukan manusia zaman kuno untuk merebut sesuatu dikehendaki.  

Sesungguhnya Islam merupakan agama keamanan dan kesejahteraan. Islam menolak sebarang bentuk kekacauan dan keganasan. Seluruh umat Islam perlu menghayati erti persaudaraan sama ada sesama Islam, maupun dengan penganut agama lain. 

Ajaran Islam tetap satu dan sama, biarpun dianuti pelbagai bangsa, warna kulit dan negara. Risalah dibawa Islam tidak membezakan bangsa dan warna kulit. Siapa berpegang kepada ajaran Islam dan benar-benar beriman kepada Allah, maka dia berhak mendapat kemuliaan di sisi Allah. 

Firman Allah bermaksud: “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan; dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal mengenali antara satu sama lain. Yang lebih mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling takwa.” – (Surah al-Hujurat, ayat 13).

Justeru itu tiada individu, kumpulan atau bangsa boleh mengaku lebih mulia dan berkuasa berbanding yang lain. 

Biapun dari bangsa berkuasa, warna kulit menarik, keturunan berdarjat, mewah dengan kekayaan dan ditakuti pihak lain, itu semuanya tiada bezanya di sisi Allah.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah hanya melihat kepada hati dan amalan kamu.” - (Hadis riwayat Bukhari).

Islam melarang sebarang perpecahan, biarpun nampak kecil. Perpecahan kecil yang tidak dikawal akan mengakibatkan perpecahan lebih serius. Justeru itu, jangan memandang mudah kepada bibit-bibit perpecahan. 

Sebab itu Islam mengharamkan perbuatan berselisih faham, biarpun sekadar tidak bertegur sapa atau memalingkan muka melebihi tiga hari. Had tiga hari itu memberi peluang kepada individu yang berselisih faham memikirkan kesannya, mententeramkan fikiran dan mencari titik penyelesaian. 

Sabda Rasulullah bermaksud: “Tidak halal bagi Muslim meninggalkan saudara Muslim yang lain lebih dari tiga hari, (di mana) keduanya berjumpa lalu yang seorang memalingkan dirinya dari yang lain.” - (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Hakim).

Ini membuktikan Islam amat mementingkan ikatan persaudaraan dan menghalang sama sekali sebarang perpecahan. Biarpun perbuatan memaling muka dan tidak bertegur sapa sekadar ‘perang dingin’, ia tetap ditegah. Perbuatan tersebut akan merenggamkan dan lebih teruk lagi memutuskan tali persaudaraan. 

Gambaran daripada hadis tersebut dapat menjelaskan perbuatan pulau memulau, melancarkan tindakan ganas, tidak mengaku seagama dan menyelar dengan kata-kata tidak baik, tentulah amat dilarang sama sekali.

Wanita hamil perlu amal pengambilan guarana

Buah guarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Guarana kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine.

Ia mudah diserap oleh badan manusia dan dengan itu menjadi makanan kesihatan yang dapat bertindak pantas. Guarana mampu menambahkan kesuburan di kalangan pasangan yang berkahwin.

Untuk wanita yang mengandung, guarana dapat mengurang mabuk hamil dan menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah, berfaedah untuk memastikan jumlah oksigen yang mencukupi dibekalkan kepada janin.

Kepada ibu dalam pantang selepas bersalin, guarana bertindak sebagai penggalak tenaga dan mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin dan mengecutkan semula rahim.

Guarana juga membantu mengawal pusingan haid dar mengurangkan ketidakselesaan semasa haid seperti pening kepala, kekejangan perut, loya, penahanan air dalam badan, bengkak dan lain-lain lagi.

Kebaikan guarana: 
- Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat. 
- Menguatkan badan. 
- Kurangkan bengkak dan henti pendarahan luaran. 
- Penjagaan kulit dan kosmetik. 
- Menguatkan keupayaan seks. 
- Melawaskan kencing. 
- Awet muda. 
- Menguatkan sIstem imun. 
- Merendahkan kolesterol dan asid lemak. 
- Melindungi hati. 
- Memperbaiki sistem penghadaman. 
- Mengaktifkan sel-sel dan sistem saraf. 
- Memerangi radikal bebas. 
- Sumber tenaga utama. 
- Fungsi menyembuh yang unik.   
- Mencegah bengkak, bisul. 
- Memperbaiki aliran darah. 
- Melegakan anemia. 
- Menghindarkan kesejukan kaki dan tangan. 
- Mengawal keguguran rambut. 
- Membaiki tekanan darah. 
- Mengimbangkan kandungan gula dalam darah. 
- Mengawal kencing manis. 
- Menghindarkan rasa kepenatan.  
- Menambahkan kesuburan.  
- Mengurangkan mabuk hamil. 
- Menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah. 
- Membantu janin mendapat jumlah oksigen mencukupi. 
- Mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin. 
- Mempercepatkan pengecutan rahim.  
- Membantu mengawal pusingan haid. 
- Mengurangkan ketidakselesaan semasa haid. 
- Menghalangkan saluran darah tersumbat
- Meningkatkan keupayaan otak. 
- Melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi. 
- Membantu proses penghadaman. 
- Meningkatkan kadar penyerapan zat makanan. 
- Menghentikan sembelit. 
- Mencegah keracunan makanan. 
- Menghilangkan kesan jerawat


Buang Racun Gula


Diabetes atau kencing manis adalah masalah kronik jangka panjang yang ditandai dengan tahap yang luar biasa tinggi gula atau glukosa dalam darah. Pesakit diabetes sama ada tidak menghasilkan cukup insulin atau atau tidak boleh menggunakan insulin yang tubuh mereka menghasilkan.

Akibatnya, glukosa membina dalam aliran darah. Jika tidak dirawat, kencing manis boleh membawa kepada kebutaan, penyakit buah pinggang, penyakit saraf, penyakit jantung, dan stroke.

Hasil kaji selidik National Health Morbidity pada tahun 2011 melaporkan 20.8% orang dewasa Malaysia (berumur 30 tahun ke atas) mempunyai diabetes; ini bermakna setiap 1 daripada 5 orang Malaysia mempunyai masalah kencing manis.

Dalam suasana gaya hidup moden, peningkatan tahap glukosa darah telah diakui sebagai pencetus untuk pelbagai penyakit kronik terutamanya diabetes dan obesiti. Ini adalah berpunca daripada tindakbalas hasil pemakanan karbohidrat yang tinggi.

Gula yang berlebihan dalam badan boleh dianggap sebagai racun. Gula berlebihan bukan hanya menyebabkan masalah obesiti, diabetes, sakit jantung koronari dan alzheimer.

Gula berlebihan perlu disingkirkan atau dihalang memasuki saluran darah dan memberi impliksai buruk kepada organ badan.

Gula berlebihan turut menyebabkan masalah gangguan kepada bakteria baik probiotik dalam usus yang menyebabkan gangguan kepada daya berfikir secara fleksible kepada otak seseorang dan mengganggu memori baru dan lama.

Serondeng kering dapat disimpan lebih lama

Serondeng merupakan sejenis masakan daripada siatan daging, ayam, ikan dan sebagainya yang dimasak bersama santan dan rempah-rempah sehingga kering, dan kadangkala berminyak agar tahan lama.

Serondeng dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul garing atau kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Serondeng atau dalam dialek Kelantan dipanggil 'sambal' yang dimasak kering boleh disimpan lama hingga satu tahun. 

Selain dimakan bersama nasi sebagai 'perisa', serondeng juga dijadikan inti untuk beberapa jenis kuih, terutamanya ketupat bucu atau ketupat palas. Selain itu ia juga dicampurkan ke dalam bubur, oak dan makanan dalam bentuk cair atau lembik. 

Di Kelantan, antara lokasi penghasilan serondeng terkenal ialah di Kampung Kubur Maras, Kota Bharu dan Kampung Laut Tumpat. 

Selain itu terdapat juga pengusaha serondeng di Machang dan Pasir Mas yang tidak kurang juga terkenal menghasilkan serondeng terbaik.

Setiap pengusaha serondeng memang ada resipi masing-masing. Namun, tidak banyak beza antara satu sama lain. 

Selain, menggunakan ramuan berbeza, satu lagi ciri perbezaan serondeng ialah sama ada ia dalam keadaan garing, kering atau lembab. 

Serondeng garing adalah kering sepenuhnya. Teksturnya seakan-akan hancur. Boleh disimpan lebih lama.

Serondeng kering tidaklah kering sepenuhnya. Masih ada kelembapan dan teksturnya agak lembut. Boleh disimpan melebihi setahun. 

Manakala serondeng lembab dalam keadaan berminyak. Teksturnya agak lembut. Boleh disimpan sehingga 10 bulan.  

Ketiga-tiga jenis ada peminat mengikut cita rasa masing-masing. Sesuai untuk dimakan dengan nasi, dijadikan inti kuih mahupun dicampur dalam makanan jenis bubur.

Dapatkan serondeng secara dalam talian. 
Cepat, mudah, murah. 
Klik pautan di bawah.